شكرا لكم لزيارة بلدي بلوق فنحن نرحب به في كل ما أحتاج

TEMPAT TINGGAL IBLIS

Anas b. Malik r.a berkata, iblis telah bertanya kepada Allah, katanya, “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah pula tempat kediaman untukku.’’ Firman Allah “ Tempat kediamanmu ialah di dalam tandas.’’ “Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di Masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?” Firman Allah “Tempatmu berkumpul adalah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli-belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat.” “Wahai Tuhanku! Engkau berikan anak Adam itu kitab Al-Quran untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?”



Firman Allah, “Bahan bacaanmu ialah syair dan sajak yang melalaikan.” “Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?” Firman Allah, “Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta.” “Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?” Firman Allah, “Azan untukmu ialah seruling.” “Wahai Tuhanku! Engkau telah menghantar utusanmu dari para rasul dan juga nabi, siapakan utusanku?” Firman Allah, “Para utusanmu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan aku.” “Wahai Tuhanku! Engkau berikan kitab suci Al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?” Firman Allah. “Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan. “Ya Tuhanku! Engkau berikan anak Adam itu perangkap, apakah pula perangkap untukku? Firman Allah,” Perangkap bagimu ialah wanita.” “Ya Tuhanku! Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan namaMu, apakah pula minuman untukku?” Firman Allah, “Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan namaKu padanya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

x muat ltk tepi...bab tu ltk bawah

HaLWa TeLiNGa

jgn kate org laen...

jom... lawan? but not BERTARUH...english or malay or maybe indon??