شكرا لكم لزيارة بلدي بلوق فنحن نرحب به في كل ما أحتاج

BALASAN MEMPERMAINKAN SUNAH


Perkara seperti ini juga pernah berlaku seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam al-Bustan dengan sanad sahih daripada Zakariya al-Saji seperti berikut:
Terdapat seorang yang berakhlak buruk pernah mengejek para pelajar hadis dengan berkata :''Hati-hatilah kamu ,jangan sampai terpijak sayap para malaikat ,nanti patah!''
Dia berniat dengan tindakannya ini semata-mata untuk mempermainkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh ramai ,yang bermaksud :''Sesiapa yang pergi menuntut ilmu Allah akan melorongkan untuknya laluan ke syurga .Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayap mereka kepada para penuntut ilmu itu.''(Riwayat Ahmad no. 18577,al-Tirmizi no. 2898,Abu Daud no. 3643 ,Ibn Majah no. 228)
Akibatnya tidak semena-mena beliau menjadi kaku dan tersemban jatuh di tempat berdirinya .
Peristiwa hampir sama juga berlaku dalam sebuah riwayat oleh Abu Daud yang menceritakn perangai seorang pelajar yang mempertikaikan sabda Nabi menerusi hadis tersebut.Beliau memasang paku di bahagian bawah kkasutnya dengan tujuan menyakiti malaikat dengan katanya ,''Aku ingin malaikat merasai sakit paku ini.''
Perkara itu telah menyebabkan kakinya diserang kulat yang dahsyat manakala dalam riwayat lain yang berbeza ,beliau telah menjadi lumpuh keseluruhan kaki dan tangannya .

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

x muat ltk tepi...bab tu ltk bawah

HaLWa TeLiNGa

jgn kate org laen...

jom... lawan? but not BERTARUH...english or malay or maybe indon??