شكرا لكم لزيارة بلدي بلوق فنحن نرحب به في كل ما أحتاج

A.B.C. Kehidupan

Posted by KhaliFmUjAhiD in

A : Adil pada dirimu
B : Beranikan dirimu
C : Cekalkan hatimu
D : Derma selalu
E : Elakkan pertelingkahan sesama kite
F : Fikir sebelum bertindak terburu2
G : Gembira selalu
H : hormat orang tua
I : Ingat akan tuhan
J : Jangan berdusta
K : Kasih akan daku
L : Lemah lembut amalan semua
M : Makan makanan seimbang
N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
P : Pentingkan kesihatanmu
Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
R : Rajin berusaha
S : Solat jangan ditinggalkan
T : Tanamkan sifat bekerjasama
U : Utamakan alam sekitar
V : Variasikan pengalamanmu
W :
Wajibkan amalan membaca AQ
X : X-ray diri sendiri
Y : Yakin pada diri sendiri
Z : Zalim jangan sekali

Keistimewaan Akal

AKAL MAMPU MENAIKKAN DARJAT MANUSIA KE PUNCAK KEMULIAAN

~Kejadian Akal~

Walaupun manusia pada asalnya dijadikan daripada tanah dan kemudianya dari air mani,Allah melengkapkan kejadian ini dengan akal.Maka manusia menjadi makhluk yang termulia di kalangan sekalian makhluk ciptaan Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya :

"Mula-mula sekali makhluk yang dijadikan Allah ialah akal. Allah berfirman kepada akal ; `Mengadaplah kepada-Ku ,' Akal pun mengadap. Kemudian Allah berfirman lagi : `Membelakangilah.' Akal pun menurut perintah-Nya. Kemudian Allah berfirman lagi : `Demi kemualiaan dan kebesaran-Ku,tidak Aku jadikan makhluk yang lebih mulia daripada emgkau. Dengan engkau Aku mengambil dan dengan engkau Aku memberi. Dengan engkau Aku memberi pahala dan dengan engkau Aku menyeksa (orang yang derhaka)'.

(Riwayat At-Tabrani dari Abi Ummah)
Peranan Cahaya (Nur) Terhadap Hati

`Nur' atau cahaya itu ialah sesuatu yang menyebabkan kita nampak dengan jelas akan sesuatu,naik dengan mata kasar,ataupun mata hati.Cahaya perlu dalam kehidupan manusia, khususnya cahaya atau `nur' yang berhubung dengan agama dan penerimaan petunjuk atau hidayah daripada Allah s.w.t.

Nur itu terbahagi kepada dua, iaitu:

`Nur' Lahir (Hissi) ~ cahaya untuk melihat sesuatu dengan mata kasar seperti sinaran matahari yang memberi kita cahaya yang terang seperti keadaan pada siang hari.

`Nur' Batin (Maknawi) ~ cahaya untuk melihat dengan mata hati terhadap sesuatu yang ghaib atau memahami sesuatu hakikat atau pengertian.

::DeFiNiSi aKaL::

Definisi Akal

Akal~bertempat di hati kerana hati kerana hati itu adalah lombong kepada kehidupan manusia adalah lombong kepada kehidupan manusia dan ia merupakan bahan atau alat untuk merasakan (perasaan). (Al-Maawardi)

Akal~`nur' yang dengannya manusia dapat membezakan antara jalan yang lurus dengan yang menyimpang;kebaikan dengan kejahatan,kemungkinan dengan kemustahiln dan yang benar dengan yang palsu.(Muhammad Taqiyyul Mudarrisi)

Akal~ `nur' rohani yang boleh mendapatkan bahan-bahan ilmu.(Fairuz Abadi)

Akal~cahaya yang suci dari liputan prasangka(Prof.Dr.Yusuf al-Qardhawi-Ulama fiqh Islam kontemporari)
Related Posts with Thumbnails
Photobucket

x muat ltk tepi...bab tu ltk bawah

HaLWa TeLiNGa

jgn kate org laen...

jom... lawan? but not BERTARUH...english or malay or maybe indon??