شكرا لكم لزيارة بلدي بلوق فنحن نرحب به في كل ما أحتاج

BANGUNLAH...





Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ... (kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

::17 Kesalahan Berkaitan Solat::

SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya.

Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya. Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:

1. Meninggalkan sembahyang.

Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak.

Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4)

Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).

2. Melengah-lengahkan solat.

Firman Allah bermaksud : "Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103)

Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar.

Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).

3. Meninggalkan solat berjemaah.

Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk.(Surah al-Baqarah, ayat 43).

Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).

4. Tidak thuma'ninah dalam solat.

Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud.

Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.

5.Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.

6. Mendahului atau menyelisihi imam. Hal ini boleh menyebabkan solat batal.

Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk..." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.

8. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.
Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat Muslim).

"Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

9. Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.

Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.

[bb]10. Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.

Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab: "Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya."

11. Melintas di depan orang yang sedang solat.

Rasulullah bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

12. Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.

Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.

13. Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.

Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujud atau lainnya.

Rasulullah bersabda: "Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!" (Hadis riwayat Abu Daud).

14. Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang.

Allah berfirman, maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9).

15. Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata.

Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.

16. Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

17. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.

Nabi Muhammad saw bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih)

::Murtad sambut hari kekasih mirip agama Kristian::


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:

"Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.

"Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.

Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai ..hari burung-burung mencari pasangan mereka.'

Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.

Masing-masing akan mengucapkan 'Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan.

"Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala.

"Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,'' kata beliau.

Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.

"Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia,'' kata beliau.

Semoga kita dijauhkan dari mensyirikkan ALLAH...

::aDiK BeRaDiK aNGKaT...RiNGaN Ke??BoLeH anGKAt x Tu??::

Adik beradik angkat,tak pernah ada istilah dalam islam menyebut tentangnya,hanya anak angkat saja yang ada... Adik beradik angkat adalah ajnabi terutamanya yang berlainan kaum.. bersama-sama dengan ajnabi lebih-lebih lagi yang berlainan kaum, berbual mesra, keluar dengan ajnabi dianggap menghampiri zina... adik beradik angkat itu hanyalah topeng syaitan yang boleh membawa kepada zina, dan dalam Al-quran sudah jelas Allah SWT mengharam kita untuk menghampiri zina, apatah lagi melakukannya sama ada sedar atau tidak... tetapi begitulah lumrah manusia, memerlukan sesorang sebagai pengubat atau penawar hati.. abang dan adik angkat selalunya menjadi tempat diadukan masalah tetapi takkan tak ada adik,kakak atau abang lain yang boleh dengar masalah anda semua??? Sebaiknya-baiknya,kita usahalah supaya nak berangkat-angkat ni biarlah yang sama kaum dengan kita..yang lelaki sama dengan lelaki,yang perempuan sama dengan perempuan..tak adalah timbul fitnah bila berbincang di tempat awam mahupun pandangan orang tentang kita..

adik lelaki=abang lelaki angkat
adik perempuan=kakak angkat..



Tetapi kalau ada pun lelaki inginkan adik angkat perempuan pastikan niatnya baik,ingin mendidik,berikan ilmu pengetahuan lebih-lebih lagi dalam agama islam dan selalu mendoakan kesejahteraan adik angkat perempuannya itu...begitu juga dengan perempuan yang inginkan adik angkat lelaki...Janganlah berangkat dengan berlainan kaum kerana ingin melakukan maksiat...

ingatlah,amar makruf nahi mungkar...

::KeNaPa?Ke-na-pa??ken-apa?::

CUBA FIKIRKAN KENAPA KITA SUSAH SANGAT NAK SOLAT?


DALAM SEHARI ADA LIMA WAKTU SOLAT YANG WAJIB KITA TUNAIKAN.MENUNAIKAN SOLAT FARDHU BUKANNYA LAMA MANA PUN CUMA MENGAMBIL MASA LEBIH KURANG 5 MINIT SAJA.KALAU SOLAT BERJEMAAH PULA MENGAMBIL MASA 10 MINIT ITUPUN DITAMBAH
DENGAN WIRID YANG IMAM BACA.APA YANG SUSAH???BUKANNYA LAMA PUN...

TETAPI,

KALAU PERGI MELEPAK DENGAN RAKAN-RAKAN,TENGOK TELEVISYEN,BERMAIN APA-APA SUKAN,MEMBELI BELAH,BERGAYUT DI TELEFON,MESEJ,CHATING,HISAP ROKOK DAN LAIN-LAIN LAGI SAMPAI BERJAM-JAM BOLEH PULA DAN TAK RASA SUSAH PULA.HMM,PELIK BETULLAH KAMU SEMUA INI....

JADI,

ANDA SEMUA FIKIR DAN RENUNG-RENUNGKAN DAN TANYA PADA DIRI SENDIRI KENAPA SAYA SUSAH SANGAT NAK TUNAIKAN IBADAH YANG WAJIB INI...

::RANKiNg CiNTa::


SETIAP MANUSIA ADANYA PERASAAN INGIN BERCINTA TETAPI TAK SEMUA MANUSIA MEMPUNYAI PERASAAN DAN KEINGINAN YANG SAMA DAN DENGAN SIAPA SESEORANG ITU INGIN BERCINTA KERANA ADA YANG BERCINTA DENGAN ALLAH SWT DAN RASULULLAH SAW,ADA YANG BERCINTA DENGAN KENIKMATAN YANG ADA DI MUKA BUMI INI SAJA DAN ADA JUGA YANG BERCINTA DENGAN ALLAH SWT,RASULULLAH SAW DAN KENIKMATAN YANG ADA DI MUKA BUMI INI.BAGAIMANA DENGAN ANDA?ADAKAH ANDA TAHU YANG MANA ANDA PERLU DAHULUKAN DALAM DUNIA PERCINTAAN ANDA?

KEDUDUKAN YANG PERLU KITA LAKUKAN DALAM DUNIA PERCINTAAN KITA:-
1.ALLAH SWT...
2.RASULULLAH SAW...
3.IBU...
4.IBU..
5.IBU...
6.BAPA...
7.??????
(DI KEDUDUKAN 7 ANDA BEBAS MEMILIH SAMA ADA INGIN MELETAK PASANGAN ANDA,HARTA ATAU DIRI SENDIRI ATAU APA-APA SAJA YANG ADA DI DUNIA YANG SEMENTARA INI )

UNTUK WANITA,

buat apalah kita ada kekasih jika tak mampu berikan kita didikan agama...
buat apalah kita ada kekasih jika tak boleh terima didikan agama dari kita...
buat apalah kita ada kekasih jika tak boleh ditegur...
buat apalah kita ada kekasih jika hanya mampu berikan kasih sayang dan wang saja kepada kita...
buat apalah kita ada kekasih jika tak mampu mencegah kita dari melakukan maksiat...

buat apalah kita ada kekasih jika hanya inginkan seks...

dan

buat apalah kita ada kekasih jika tak mampu doakan kita...



UNTUK LELAKI DAN WANITA,

Cuba fikirkan kenapa kita bercinta dan kenapa kita terima seseorang itu sebagai kekasih kita???

Adakah dia seorang yang soleh dan solehah,cantik,kacak,romantik,mempunyai kerjaya yang bagus atau penuh dengan kasih sayang???



cinta bukan satu perkara yang boleh dibuat main-main kerana setiap percintaan ada tanggungjawabnya sendiri lebih-lebih lagi kepada lelaki,perlulah pandai mendidik pasangannya dan juga perlu menegur pasangannya apabila buat kesalahan.sebenarnya percintaan ini tanggungjawabnya seperti perkahwinan juga cuma yang bezanya bercinta sebelum kahwin ini ada batasnya.pastikan pasangan anda itu takut kepada Allah,selalu melakukan ibadah Allah yang wajib dan suka menimba ilmu agama islam kerana dengan cara itu dapat didik kita dan anak-anak kita dalam agama.


Jadi,kalau nak bina pasangan yang mulia di sisi Allah perlulah pandai cari pasangan,cari pasangan yang boleh buat kita berjaya di hari akhirat bukan cari pasangan yang boleh buat kita gembira di dunia saja...jadi renung-renungkanlah kerana dunia ini cuma sementara saja...

fikir2 kan la...dan selamat beramal...^^

::Kelebihan Membaca Ayat al-Kursi::




Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas
pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap
kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, "Utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu...

::BacaLah SeBuTLaH DenGaN NaMa TUHAN yaNg MenCiPTaKan SeGaLa KeJaDiaN DiDuNia::


Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya. Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH). Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)?

Semua orang mesti tahu lagu "where is the love" nyanyian black eyed peas kan,tau tak dalam senikata dia ada satu rangkap yang bleh membawa korang kepada syirik tanpa korang sedari.... rangkapnya... "father,father,father,help us" "send some guidence from above.. " Astaghfirullahala'zim..ayat ni memohon bantuan daripada bukan Allah...bila kita mintak tolong daripada selain Allah, kita akan dikira sebagai syirik....aku tak nak kawan-kawan seagama aku syirik tanpa disedari. Harap boleh fowardkan pada sahabat2 semuslim yg lain.... Asy'hadu Alla illah ha illAllah,wa Asy'hadu anna Muhammad da'ra' Rasullullah tlg hantar kat org islam yg lain ye... jgn lupa.......

::SemBaHYaNGLaH KaMu SeBeLuM KaMu DiSeMBaHYaNGKaN::


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Satu hal sebagai bahan renungan Kita...

Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut

Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara


Hari itu... mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. ..
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu



Setelah dimandikan.. ,
Kitapun akan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Kerana sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah...... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan


Pengantin bersanding sendirian...
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir


Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan

Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah tlah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperolehi Nikmat Kubur???
Ataukah Kita akan memperolehi Siksa Kubur???
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu.....

Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju ke''Malam Pertama Kita''

SIFAT API NERAKA



Dari sebuah hadis ada diceritakan Allah S.W.T telah menghantar malaikat Jibril bertemu malaikat Malik untuk mengambil api darinya bagi kegunaan Adam untuk memasak. Malaikat Malik pun bertanya, ''Wahai Jibril ! Berapa banyakkah yang kamu mahu?'' Sebesar buah tamar, jawab Jibril. Kata Malik, ''Tahukah kamu, kalau aku berikan api neraka sebesar yang kamu mahu pasti akan hancur lebur 7 petala langit dan bumi kerana kepanasannya.'' Kalau begitu berikan aku separuh buah tamar, kata Jibril.

Jawab Malik, '' Kalau separuh darinya nescaya langit tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik ke bumi dan segala tanaman akan musnah.'' Malaikat Jibril lalu memohon pertolongan dari Allah untuk mengetahui jumlah yang betul. Allah lalu berfirman,''Ambillah sebesar biji sawi.'' Pergilah Jibril mendapatkan api itu kemudiannya api itu dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai di syurga. Setelah itu ianya dibawa kepada Adam dan diletakkan di atas puncak gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung itu dan tinggallah hanya sedikit maka api itulah yang digunakan hingga sekarang.

BALASAN MEMPERMAINKAN SUNAH


Perkara seperti ini juga pernah berlaku seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam al-Bustan dengan sanad sahih daripada Zakariya al-Saji seperti berikut:
Terdapat seorang yang berakhlak buruk pernah mengejek para pelajar hadis dengan berkata :''Hati-hatilah kamu ,jangan sampai terpijak sayap para malaikat ,nanti patah!''
Dia berniat dengan tindakannya ini semata-mata untuk mempermainkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh ramai ,yang bermaksud :''Sesiapa yang pergi menuntut ilmu Allah akan melorongkan untuknya laluan ke syurga .Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayap mereka kepada para penuntut ilmu itu.''(Riwayat Ahmad no. 18577,al-Tirmizi no. 2898,Abu Daud no. 3643 ,Ibn Majah no. 228)
Akibatnya tidak semena-mena beliau menjadi kaku dan tersemban jatuh di tempat berdirinya .
Peristiwa hampir sama juga berlaku dalam sebuah riwayat oleh Abu Daud yang menceritakn perangai seorang pelajar yang mempertikaikan sabda Nabi menerusi hadis tersebut.Beliau memasang paku di bahagian bawah kkasutnya dengan tujuan menyakiti malaikat dengan katanya ,''Aku ingin malaikat merasai sakit paku ini.''
Perkara itu telah menyebabkan kakinya diserang kulat yang dahsyat manakala dalam riwayat lain yang berbeza ,beliau telah menjadi lumpuh keseluruhan kaki dan tangannya .

TEMPAT TINGGAL IBLIS

Anas b. Malik r.a berkata, iblis telah bertanya kepada Allah, katanya, “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah pula tempat kediaman untukku.’’ Firman Allah “ Tempat kediamanmu ialah di dalam tandas.’’ “Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di Masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?” Firman Allah “Tempatmu berkumpul adalah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli-belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat.” “Wahai Tuhanku! Engkau berikan anak Adam itu kitab Al-Quran untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?”



Firman Allah, “Bahan bacaanmu ialah syair dan sajak yang melalaikan.” “Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?” Firman Allah, “Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta.” “Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?” Firman Allah, “Azan untukmu ialah seruling.” “Wahai Tuhanku! Engkau telah menghantar utusanmu dari para rasul dan juga nabi, siapakan utusanku?” Firman Allah, “Para utusanmu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan aku.” “Wahai Tuhanku! Engkau berikan kitab suci Al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?” Firman Allah. “Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan. “Ya Tuhanku! Engkau berikan anak Adam itu perangkap, apakah pula perangkap untukku? Firman Allah,” Perangkap bagimu ialah wanita.” “Ya Tuhanku! Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan namaMu, apakah pula minuman untukku?” Firman Allah, “Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan namaKu padanya.

WaNiTa a.k.a PeReMPuaN




1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut , jawab baginda , "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".



2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya , maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1 , 000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1 , 000 kejahatan.



3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin , maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.



4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak , keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.




5. Apabila telah lahir anak lalu disusui , maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.



6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit , maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.



7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya , darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah , akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.



8. Barangsiapa membawa hadiah , (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya , maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka , barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.



9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama , maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10 , 000 tahun).



10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu , puasa bulan ramadhan , memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya , masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.



11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1 , 000 lelaki yang soleh.



12. Aisyah berkata , "Aku bertanya kepada Rasulullah , siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah , "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah , "Ibunya".



13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu , maka jawablah panggilan ibumu dahulu.



14. Wanita yang taat akan suaminya , semua ikan-ikan di laut , burung diudara , malaikat di langit , matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.



15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.



17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab , maka baginya syurga.



19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya , lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi , janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.


CiNTa

APA GUNA CINTA.... Cinta pada bunga ia akan layu... Cinta pada manusia ia akan berlalu... Namun jika kita cinta pada Allah ia kekal abadi... Selangkah kita mendekatinya... Seribu langkah Allah menghampiri kita... Masa yang ada kita biarkan ia berlalu... Waktu yang terluang kita biarkan tidak terisi... Lupa...lalai...sibuk... Alasan manusia yang sudah pasti... Akan kecundang akhirnya... Tapi... Bagi mereka yang sentiasa mendekatinya... Perasaan gentar senantiasa menemani diri pabila mengingati... Masih ada banyak kekurangan... Masih ada banyak kekurangan... Masih ada tanggungjawab yang belum diselesaikan... Masih ada prana yang belum dimainkan... Masih banyak ilmu agama yang belum digali... Marilah... Wahai teman-teman... Bangunlah dari tidurmu yang panjang... Usah biar dirimu jauh ditinggalkan... RINDULAH pada kasih ALLAH.. Maniskanlah bibirmu dengan zikrullah... Cantikkanlah sikapmu dgn adab dan tatasusila... Hiasilah peribadimu dengan ilmu di dunia dan akhirat... Usah bongkak mendongak ke langit... Pandanglah kearah rumput... Walau berjuta-juta kali ia dipijak... Namun... Ia lebih baik dari kita yang lalai...

Kata-kata Nasihat Ibnu Qayyim

  • Kata-kata Nasihat Ibnu Qayyim Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.



  • Pantun malas sembahyang yang manja^^

    "Bacalah Kitab (Al-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat.. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Dan ketahuilah mengingati Allah itu lebih besar keutamaannya dari ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Ankabut:29)

    **Apasal la aku malas sembahyang,
    ALLAH kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
    Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
    Berdiri tanpa roh malam & siang....

    Apasal la aku malas sembahyang,
    Kerja dah best keluarga pun dah senang,
    Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
    Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.......

    Apasal la aku malas sembahyang,
    ALLAH kasi otak supaya aku tak bangang,
    ALLAH kasi ilmu boleh fikir susah senang,
    ALLAH kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

    Apasal la aku malas sembahyang,
    Main bola aku sanggup sampai petang,
    Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
    Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?
    Apasal la aku malas sembahyang,

    Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
    Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
    Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang.....

    Apasal la aku malas sembahyang,
    Siksa neraka Cuba la aku bayang,
    Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
    Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
    Halang!!!

    P/s: 4wad laa ape Lagi!!..hehehe. Pastu gi lah solat¿.
    Renung2kan Dan Selamat BeramaL!!.... ..



    Ganjaran bersedekah

    RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.

    Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb :

    Z Allah Ta'ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah". {Qs. Al Lail (92) : 5-8}

    Z Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2) : 261}

    Z RasulAllah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah". Yang satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya".

    Tolak Bala dengan Sedekah

    Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW, sbb :

    Z "Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah".
    Z "Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah".
    Z "Ubatilah penyakitmu dengan sedekah".
    Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) , sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah,

    Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???

    Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah
    Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum'at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum'at, misalnya Jum'at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum'at berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.

    Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.

    Sedekah yg pahalanya terus mengalir

    Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya" (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).

    Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah wafat :

    SADAQAH JARIAH –

    KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR AL SADAQAT AL JARIYAH –

    THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU !
    1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.

    Give Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat.

    2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.

    Teach someone to recite a dua. With each recitation, you will gain hasanaat.

    3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.

    Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat.

    4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau hewan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.

    Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat.

    5. Tempatkan pendingin air di tempat awam.

    Place a water cooler in a public place.

    6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.

    Share constructive reading material with someone.

    7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid.

    Participate in the building of a mosque.

    8. Edarkan CD Quran atau Do'a.

    Share a dua or Quran CD.

    9. Bantulah pendidikan seorang anak.

    Help in educating a child.

    10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat.

    Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment.

    Jadilah dia "sejuta artikel" dengan meneruskan artikel ini kepada saudara-saudara kita sesama muslim yang barangkali belum mengetahuinya, sehingga kita tidak dilaknat Allah dan seluruh mahluk kerana tidak menyampaikan (menyembunyikan) apa yang telah kita ketahui, sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah Ayat 159 :

    "Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk".

    Dari Abdullah bin 'Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat".
    Semoga Allah Ta'ala membalas 'amal Ibadah kita...

    ::SOLAT AKHIR WAKTU!!::

    Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita... yea ....
    Jika berpuasa
    Amalan kita direct terus padaNya
    Tapi Jika bersembahyang
    Ada posmen pula
    Untuk hantar amalan kita padaNya Kisahnya ?..
    Setiap kita ada malaikat
    Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita
    Pada Ilahi Untuk sampaikan amalan kita
    Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
    Dimana setiap penjaga tol,
    Kroni malaikat juga
    Jika sembahyang di awal waktu Tolnya "free" Sekatan tol tiada
    Tiada "jem" Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan
    Tapi...!!! Jika sembahyang di akhir waktu Tol free juga
    Tapi sekatannya MasyaAllah?.
    Di langit pertama,
    Penjaga tol marahkan posmen kita
    Kenapa lewat poskan amalan kita
    Merayu-rayu posmen malaikat kita Minta diberi laluan
    Tetapi? penjaga langit pertama Tidak heran
    Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi
    Maka.. Jatuh berderai?
    Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita Satu persatu dikutip
    Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua
    Dilangit kedua, Samalah juga, Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
    Merayu lagi kawan kita
    Tak dipedulinya Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
    Jatuh berderai lagi..
    Dikutip satu persatu amalan kita
    Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan
    Dilangit ketiga, La?. Kena basuh lagi malaikat posmen kita
    Kenapa lewat hantar amalan tersebut Tiada kompromi Terus dibaling amalan kita Jatuh berderai amalan kita Tak ade nilai?. Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi Maka.. Tak sampailah amalan kita kepada Allah Seolah-olah kita tak sembahyang juga
    Maka? Bersedialah kita menerima pembalasannya
    Tak di dunia di akhirat pula Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak, Ujian bertimpa-timpa Ish?. Tak berbaloikan kita buat amal
    Tapi tak sampai Dahlah tu Tak de nilai Kena azab lagi nanti

    Ya Allah !!! Ampunkan kami ! Kerana lalai ! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan Biarlah kami gawat di dunia Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak. Amin.......
    Related Posts with Thumbnails
    Photobucket

    x muat ltk tepi...bab tu ltk bawah

    HaLWa TeLiNGa

    jgn kate org laen...

    jom... lawan? but not BERTARUH...english or malay or maybe indon??