شكرا لكم لزيارة بلدي بلوق فنحن نرحب به في كل ما أحتاج

BANGUNLAH...





Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ... (kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

::17 Kesalahan Berkaitan Solat::

SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya.

Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya. Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:

1. Meninggalkan sembahyang.

Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak.

Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4)

Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).

2. Melengah-lengahkan solat.

Firman Allah bermaksud : "Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103)

Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar.

Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).

3. Meninggalkan solat berjemaah.

Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk.(Surah al-Baqarah, ayat 43).

Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).

4. Tidak thuma'ninah dalam solat.

Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud.

Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.

5.Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.

6. Mendahului atau menyelisihi imam. Hal ini boleh menyebabkan solat batal.

Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk..." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.

8. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.
Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat Muslim).

"Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

9. Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.

Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.

[bb]10. Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.

Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab: "Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya."

11. Melintas di depan orang yang sedang solat.

Rasulullah bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

12. Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.

Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.

13. Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.

Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujud atau lainnya.

Rasulullah bersabda: "Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!" (Hadis riwayat Abu Daud).

14. Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang.

Allah berfirman, maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9).

15. Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata.

Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.

16. Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

17. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.

Nabi Muhammad saw bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih)

::Murtad sambut hari kekasih mirip agama Kristian::


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:

"Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.

"Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.

Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.

Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai ..hari burung-burung mencari pasangan mereka.'

Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.

Masing-masing akan mengucapkan 'Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan.

"Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala.

"Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,'' kata beliau.

Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.

"Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia,'' kata beliau.

Semoga kita dijauhkan dari mensyirikkan ALLAH...

::aDiK BeRaDiK aNGKaT...RiNGaN Ke??BoLeH anGKAt x Tu??::

Adik beradik angkat,tak pernah ada istilah dalam islam menyebut tentangnya,hanya anak angkat saja yang ada... Adik beradik angkat adalah ajnabi terutamanya yang berlainan kaum.. bersama-sama dengan ajnabi lebih-lebih lagi yang berlainan kaum, berbual mesra, keluar dengan ajnabi dianggap menghampiri zina... adik beradik angkat itu hanyalah topeng syaitan yang boleh membawa kepada zina, dan dalam Al-quran sudah jelas Allah SWT mengharam kita untuk menghampiri zina, apatah lagi melakukannya sama ada sedar atau tidak... tetapi begitulah lumrah manusia, memerlukan sesorang sebagai pengubat atau penawar hati.. abang dan adik angkat selalunya menjadi tempat diadukan masalah tetapi takkan tak ada adik,kakak atau abang lain yang boleh dengar masalah anda semua??? Sebaiknya-baiknya,kita usahalah supaya nak berangkat-angkat ni biarlah yang sama kaum dengan kita..yang lelaki sama dengan lelaki,yang perempuan sama dengan perempuan..tak adalah timbul fitnah bila berbincang di tempat awam mahupun pandangan orang tentang kita..

adik lelaki=abang lelaki angkat
adik perempuan=kakak angkat..



Tetapi kalau ada pun lelaki inginkan adik angkat perempuan pastikan niatnya baik,ingin mendidik,berikan ilmu pengetahuan lebih-lebih lagi dalam agama islam dan selalu mendoakan kesejahteraan adik angkat perempuannya itu...begitu juga dengan perempuan yang inginkan adik angkat lelaki...Janganlah berangkat dengan berlainan kaum kerana ingin melakukan maksiat...

ingatlah,amar makruf nahi mungkar...

::KeNaPa?Ke-na-pa??ken-apa?::

CUBA FIKIRKAN KENAPA KITA SUSAH SANGAT NAK SOLAT?


DALAM SEHARI ADA LIMA WAKTU SOLAT YANG WAJIB KITA TUNAIKAN.MENUNAIKAN SOLAT FARDHU BUKANNYA LAMA MANA PUN CUMA MENGAMBIL MASA LEBIH KURANG 5 MINIT SAJA.KALAU SOLAT BERJEMAAH PULA MENGAMBIL MASA 10 MINIT ITUPUN DITAMBAH
DENGAN WIRID YANG IMAM BACA.APA YANG SUSAH???BUKANNYA LAMA PUN...

TETAPI,

KALAU PERGI MELEPAK DENGAN RAKAN-RAKAN,TENGOK TELEVISYEN,BERMAIN APA-APA SUKAN,MEMBELI BELAH,BERGAYUT DI TELEFON,MESEJ,CHATING,HISAP ROKOK DAN LAIN-LAIN LAGI SAMPAI BERJAM-JAM BOLEH PULA DAN TAK RASA SUSAH PULA.HMM,PELIK BETULLAH KAMU SEMUA INI....

JADI,

ANDA SEMUA FIKIR DAN RENUNG-RENUNGKAN DAN TANYA PADA DIRI SENDIRI KENAPA SAYA SUSAH SANGAT NAK TUNAIKAN IBADAH YANG WAJIB INI...

::RANKiNg CiNTa::


SETIAP MANUSIA ADANYA PERASAAN INGIN BERCINTA TETAPI TAK SEMUA MANUSIA MEMPUNYAI PERASAAN DAN KEINGINAN YANG SAMA DAN DENGAN SIAPA SESEORANG ITU INGIN BERCINTA KERANA ADA YANG BERCINTA DENGAN ALLAH SWT DAN RASULULLAH SAW,ADA YANG BERCINTA DENGAN KENIKMATAN YANG ADA DI MUKA BUMI INI SAJA DAN ADA JUGA YANG BERCINTA DENGAN ALLAH SWT,RASULULLAH SAW DAN KENIKMATAN YANG ADA DI MUKA BUMI INI.BAGAIMANA DENGAN ANDA?ADAKAH ANDA TAHU YANG MANA ANDA PERLU DAHULUKAN DALAM DUNIA PERCINTAAN ANDA?

KEDUDUKAN YANG PERLU KITA LAKUKAN DALAM DUNIA PERCINTAAN KITA:-
1.ALLAH SWT...
2.RASULULLAH SAW...
3.IBU...
4.IBU..
5.IBU...
6.BAPA...
7.??????
(DI KEDUDUKAN 7 ANDA BEBAS MEMILIH SAMA ADA INGIN MELETAK PASANGAN ANDA,HARTA ATAU DIRI SENDIRI ATAU APA-APA SAJA YANG ADA DI DUNIA YANG SEMENTARA INI )

UNTUK WANITA,

buat apalah kita ada kekasih jika tak mampu berikan kita didikan agama...
buat apalah kita ada kekasih jika tak boleh terima didikan agama dari kita...
buat apalah kita ada kekasih jika tak boleh ditegur...
buat apalah kita ada kekasih jika hanya mampu berikan kasih sayang dan wang saja kepada kita...
buat apalah kita ada kekasih jika tak mampu mencegah kita dari melakukan maksiat...

buat apalah kita ada kekasih jika hanya inginkan seks...

dan

buat apalah kita ada kekasih jika tak mampu doakan kita...



UNTUK LELAKI DAN WANITA,

Cuba fikirkan kenapa kita bercinta dan kenapa kita terima seseorang itu sebagai kekasih kita???

Adakah dia seorang yang soleh dan solehah,cantik,kacak,romantik,mempunyai kerjaya yang bagus atau penuh dengan kasih sayang???



cinta bukan satu perkara yang boleh dibuat main-main kerana setiap percintaan ada tanggungjawabnya sendiri lebih-lebih lagi kepada lelaki,perlulah pandai mendidik pasangannya dan juga perlu menegur pasangannya apabila buat kesalahan.sebenarnya percintaan ini tanggungjawabnya seperti perkahwinan juga cuma yang bezanya bercinta sebelum kahwin ini ada batasnya.pastikan pasangan anda itu takut kepada Allah,selalu melakukan ibadah Allah yang wajib dan suka menimba ilmu agama islam kerana dengan cara itu dapat didik kita dan anak-anak kita dalam agama.


Jadi,kalau nak bina pasangan yang mulia di sisi Allah perlulah pandai cari pasangan,cari pasangan yang boleh buat kita berjaya di hari akhirat bukan cari pasangan yang boleh buat kita gembira di dunia saja...jadi renung-renungkanlah kerana dunia ini cuma sementara saja...

fikir2 kan la...dan selamat beramal...^^

::Kelebihan Membaca Ayat al-Kursi::




Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas
pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap
kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, "Utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu...
Related Posts with Thumbnails
Photobucket

x muat ltk tepi...bab tu ltk bawah

HaLWa TeLiNGa

jgn kate org laen...

jom... lawan? but not BERTARUH...english or malay or maybe indon??